Kesan Covid-19 antara tuntutan RM2.8 bilion MMC Gamuda terhadap MRT Corp

MMC Gamuda mencetuskan kejutan apabila mengemukakan notis tuntutan lebih RM2.8 bilion dalam pertikaiannya dengan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Tuntutan MMC Gamuda dibuat melalui anak syarikatnya MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd berhubung projek berhubung projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya.
Dalam notis yang difailkan MRT Corp selaku plantif di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 November 2025 berhubung pertikaian itu, RM1.8 bilion tuntutan dikemukakan MMC Gamuda antaranya bagi lanjutan masa, gangguan, penyelenggaraan kemudahan serta kos tambahan lain.
"Menurut notis niat tersebut, defendan (MMC Gamuda) menuntut sejumlah anggaran RM2,821,102,265.25 terhadap plaintif, yang terdiri antara lain daripada: (i) lanjutan masa/gangguan/tuntutan SHE/kerja tambahan penjagaan kerja dan penyelenggaraan kemudahan berjumlah RM1,819,334,781.48," menurut notis berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila tuntutan itu dibuat membabitkan ganti rugi disebabkan sekatan berlaku ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Berdasarkan afidavit sokongan dikemukakan plantif, sebahagian besar daripada RM1.8 bilion tuntutan ganti rugi oleh pihak defendan membabitkan lanjutan masa, gangguan ketika mana negara berdepan dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19.
Tuntutan sebanyak RM1.8 bilion itu bukan sahaja memberi implikasi kepada kewangan negara, malah lebih daripada ia membabitkan wang pembayar cukai.
Menarik perhatian lagi, tuntutan itu buat syarikat berkenaan selepas projek MRT Putrajaya telah disiapkan di bawah apa yang disifatkan sebagai aturan kontrak harga tetap (fixed-price contract).
Bukan sahaja soal implikasi kewangan, kes ini jika diteruskan dan memihak kepada MMC Gamuda ia akan menjadi "precedent" kepada pihak lain untuk menggunakan alasan Covid-19 bagi membuka semula kontrak kerajaan yang telah diselesaikan.
Untuk rekod, kerajaan Malaysia menyelia ratusan projek infrastruktur awam yang turut terjejas oleh sekatan jalan raya, kekurangan tenaga kerja, dan kekangan peraturan ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Ringkasan AI
- MMC Gamuda mengemukakan notis tuntutan lebih RM2.8 bilion kepada MRT Corp
- Tuntutan dibuat berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya
- Sebahagian besar daripada RM1.8 bilion tuntutan itu adalah untuk lanjutan masa, gangguan dan kos tambahan lain akibat pandemik Covid-19
- Tuntutan ini menarik perhatian kerana ia dilakukan selepas projek MRT Putrajaya selesai di bawah aturan kontrak harga tetap
- Kes ini boleh menjadi preseden bagi pihak lain menggunakan alasan Covid-19 untuk membuka semula kontrak kerajaan yang telah selesai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

