Tular video bawa babi bersama muatan sawit

Video tular memaparkan tiga individu menarik seekor babi dalam sebuah lori bersama longgokan buah sawit.
Video tular memaparkan tiga individu menarik seekor babi dalam sebuah lori bersama longgokan buah sawit.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya menafikan video tular membabitkan seekor babi dalam sebuah lori yang membawa muatan sawit berlaku di PPK berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, siasatan pihaknya mendapati video yang dimuat naik di YouTube itu berlaku di luar kawasan pusat belian sawit PPK Bernam Jaya.

Katanya, kejadian berkenaan disedari selepas video terbabit tular di media sosial.

"Setakat ini, PPK Bernam Jaya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Abd Rahman berkata, sekiranya video tular itu benar-benar berlaku di negara ini, beliau berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

"Kami berharap pusat belian yang mengetahui perkara ini melaporkan kepada pihak berwajib kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam terutama sawit yang akan diproses nanti," katanya.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi satu minit memaparkan tiga individu menarik seekor babi dalam sebuah lori bersama longgokan buah sawit.

Artikel Berkaitan: