Dawson sekat hajat Leicester

Dawson (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Leicester di Vicarage Road malam ini.
Dawson (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Leicester di Vicarage Road malam ini.
A
A
A

Leicester City terlepas peluang meraih tiga mata berharga selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road malam ini.

Craig Dawson muncul sebagai watak pemusnah Leicester apabila meledak gol penyamaan yang cukup menarik pada masa kecederaan babak kedua, sekali gus menafikan hajat lawan mereka itu membawa pulang tiga mata.

Sebelum itu, Ben Chilwell terlebih dulu menceriakan kem Leicester apabila berjaya merobek gawang Watford menerusi jaringan jarak jauh pada minit ke-90.

Begitupun, Dawson memastikan Watford tidak pulang dengan tangan kosong dengan gol penyamaan berselang tiga minit kemudian bagi membolehkan pasukannya mengelak daripada menghampiri zon penyingkiran.

Selepas mengharungi 30 perlawanan, Watford mendaki satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-16 dengan mengumpul 28 mata.

Leicester pula kekal menghuni tangga ketiga dengan meraih 54 mata dan kedudukan mereka itu tetap terjamin sekalipun jika Chelsea menewaskan Aston Villa malam esok.

Artikel Berkaitan: