Misi tiga mata Young Tigress

Lailin bersama pemain Young Tigress yang menggalas cabaran Malaysia dalam Piala Remaja Asia 2023. - Foto MHC
Lailin bersama pemain Young Tigress yang menggalas cabaran Malaysia dalam Piala Remaja Asia 2023. - Foto MHC
A
A
A

SKUAD hoki remaja wanita negara dicabar menyingkap tirai Kumpulan A Piala Remaja Asia 2023 berdepan Taiwan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara, Gifu dengan noktah kemenangan.

Malah tanpa berselindung pengendali The Young Tigress, Lailin Abu Hassan mengakui tiga mata mata awal penting sebagai dos penggalak dalam mengharungi baki perlawanan peringkat kumpulan itu.

“Ya, tiga mata awal dalam perlawanan permulaan peringkat kumpulan amat penting kepada pasukan.

“Begitu juga apabila kita berdepan dengan Taiwan yang masih lagi merupakan pasukan misteri buat pasukan negara.

“Biarpun begitu kita percaya kekuatan pasukan ini adalah kepada corak permainan pantas dan fizikal kerana mereka mirip seperti pasukan China dan Hong Kong,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sebagai rekod, anak buah Lailin diundi dalam Kumpulan A bersama India, Korea Selatan, Taiwan dan Uzbekistan.

Mengulas persediaan pasukan, Lailin berkata, para pemain muda negara secara keseluruhan telah bersedia mengharungi kempen kali ini.

“Persiapan terakhir sebelum ke Piala Remaja Asia 2023, kita telah mengadakan empat perlawanan persahabatan menentang kelab dari Australia di Kuala Lumpur.

“Di sini, saya boleh nyatakan bahawa hasil yang boleh dirumuskan dalam empat perlawanan itu bahawa pasukan negara sudah bersedia memberi cabaran bermula dengan berdepan Taiwan.

“Kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mengutip mata dalam keempat perlawanan,” katanya.

PIALA REMAJA ASIA 2023

Kumpulan A

JUMAAT (2 JUN)

Malaysia lwn Taiwan, 11 pagi

ISNIN (5 JUN)

Malaysia lwn India, 11 pagi

SELASA (6 JUN)

Malaysia lwn Uzbekistan, 11 pagi

KHAMIS (8 JUN )

Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petang