Mohd Sharim mahu teruskan legasi mentor

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain (kiri) ketika bertemu penyokongnya selepas diumumkan sebagai calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini.
PRK DUN Chini pada 4 Julai ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas. - Foto Bernama
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain (kiri) ketika bertemu penyokongnya selepas diumumkan sebagai calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini. PRK DUN Chini pada 4 Julai ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas. - Foto Bernama
A
A
A

PEKAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain berazam mahu meneruskan kesinambungan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004.

Mohd Sharim berkata, sebagai generasi kedua Felda Chini 3 sudah pasti banyak perkara yang boleh dipertingkatkan di kawasan tersebut dan hasrat beliau itu bertitik tolak daripada kepercayaan oleh BN dan UMNO yang meletakkan beliau sebagai calon.

Sebagai orang kanan Abu Bakar, katanya, beliau kerap mendengar perancangan yang hendak dilakukan Allahyarham menyebabkan beliau kini tekad mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan mentornya dalam bidang politik itu.

"Saya akui bukan insan sempurna untuk diletakkan sebagai calon tetapi bila diberikan amanah saya akan laksanakan dengan sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini

PRK DUN Chini: Mohd Sharim Md Zain dipilih calon BN

"Walaupun pelbagai perubahan dilakukan oleh Allahyarham sejak menjadi wakil rakyat pada 2004, namun saya akan meneruskan legasinya," kata beliau semalam.

Mohd Sharim berkata, walaupun dilihat berdepan laluan mudah kerana hanya ditentang dua calon Bebas, namun beliau tidak mahu mengambil mudah sebalik akan terus berkempen dengan menerusi jentera Muafakat Nasional serta gabungan Parti Perikatan Nasional.

Artikel Berkaitan: