Kidurong kluster terbaharu Covid-19

Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan dua adik-beradiknya juga telah dikesan positif Covid-19
Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan dua adik-beradiknya juga telah dikesan positif Covid-19
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengklasifikasikan enam kes positif Covid-19 di Bintulu, Sarawak sebagai kluster baharu iaitu Kluster Kidurong.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan kluster tersebut selepas kes indeks iaitu seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disahkan positif pada 12 Jun lalu.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan dua adik-beradiknya juga telah dikesan positif Covid-19," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, salah seorang rakan kepada ayah kes ini juga didapati positif Covid-19.

"Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

"Setakat ini seramai 231 orang telah dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, KKM telah menjalankan ujian saringan terhadap 163 individu terbabit.

"Keputusan mendapati kesemuanya adalah negatif Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan kluster berkenaan masih dalam siasatan.

Sementara itu, pada perkembangan sama, beliau berkata, Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur diisytiharkan tamat hari ini selepas pemantauan 28 hari tanpa kes baharu.

"Ini menjadikan secara keseluruhannya 39 kluster telah ditamatkan," katanya.

Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur merekodkan 204 kes positif Covid-19 dan satu kematian.