X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Kisah Veveonah cari 'line' atas pokok dapat perhatian SKMM, TM

Kisah Veveonah mendapat perhatian SKMM dan TM.
A
A

KOTA KINABALU - Kisah pelajar jurusan Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, 18, yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian kini mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Perkongsian dari Facebook, Borneo Echo kira-kira 3 jam lalu yang memuat naik status dengan kapsyen berbunyi, "Video berdurasi 11 minit 21 saat yang memaparkan Veveonah terpaksa bermalam di atas pokok mendapatkan capaian internet yang laju untuk menjawab peperiksaan mendapat perhatian daripada pihak #mcmc dan #TM. (Sampai boss boss turun padang)."

Tulisnya lagi, SKMM akan membina menara telekomunikasi di Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah dan dijangka siap pertengahan tahun depan.

Veveonah Mosibin, sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.
Veveonah Mosibin, sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.

"Hari ini, Sabah juga telah mengumumkan RM85 juta daripada RM240juta Sabah New Deal untuk #digitalisation di Sabah.

"Ketua Menteri Sabah memberitahu (bilang) 'line coverage' di Sabah tidak sampai 50 peratus pun," tulis Borneo Echo di statusnya yang mendapat lebih 1,000 tanda suka.

Veveonah sebelum ini memuat naik video pengalamannya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk '24 Hours On Tree / Challenge' (Cabaran 24 jam atas pokok) yang kemudian tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Panjat pokok sebab nak jawab peperiksaan online


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!