Buka semula Tambak Johor untuk pulihkan ekonomi

Tambak Johor yang menjadi laluan utama Malaysia-Singapura wajar dibuka secara berperingkat selepas penurunan jangkitan koronavirus (Covid- 19) di antara kedua-dua negara pada masa kini.
Tambak Johor yang menjadi laluan utama Malaysia-Singapura wajar dibuka secara berperingkat selepas penurunan jangkitan koronavirus (Covid- 19) di antara kedua-dua negara pada masa kini.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Tambak Johor yang menjadi laluan utama Malaysia-Singapura wajar dibuka secara berperingkat selepas penurunan jangkitan koronavirus (Covid- 19) di antara kedua-dua negara pada masa kini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kassim Thukiman berkata, kedua-dua negara telah mengatur strategi terbaik bagi membendung penularan Covid-19 termasuk menutup pintu sempadan Tambak Johor dan laluan kedua Malaysia-Singapura di Second Link pada Mac lepas.

Katanya, selepas tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, pembukaan semula sempadan kedua-dua negara terutama Tambak Johor wajar dilakukan bagi merancakkan semula ekonomi.

“Sejarah pembinaan Tambak Johor pada 1924 membuktikan hubungan baik Malaysia-Singapura dari segi ekonomi. Kedua-dua negara saling bergantung dan bekerjasama.

“Seandainya Tambak Johor itu dibuka semula, pasti pekerja Malaysia yang bekerja di sana selain warga Singapura dapat menyumbang kepada ekonomi pelbagai sektor di Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, katanya, perbincangan antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara perlu dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik membuka pintu sempadan kedua-dua negara dan dalam masa yang sama masih tegas dalam membendung penularan Covid- 19.

“Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Singapura perlu adakan perbincangan demi kebaikan ekonomi bersama selepas Covid-19 menunjukkan penurunan,” katanya.

Artikel Berkaitan: