Tiada had jumlah pelanggan duduk satu meja

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejumlah 178,083 restoran dan kedai makan di seluruh negara kini boleh menarik nafas lega susulan mereka kembali dibenarkan menjalani operasi perniagaan dalam kapasiti penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hal itu kerana kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menetapkan lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran serta kedai makan.

Berita baik itu dijangka turut memberi kelegaan kepada 907, 453 pekerja dalam bidang makanan dan minuman yang sebelum ini bimbang berdepan risiko kehilangan pekerjaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggan restoran dan kedai makan kini tidak lagi dihadkan dan boleh kembali duduk berdasarkan saiz meja.