Bangsar South itu bangunan, bukan kawasan: Fahmi Fadzil

Penjelasan menerusi paparan peta Google melibatkan kawasan Kg Kerinchi yang dimasyhurkan Sabtu lalu.
Penjelasan menerusi paparan peta Google melibatkan kawasan Kg Kerinchi yang dimasyhurkan Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemasyhuran nama Kampung Kerinchi (Kg Kerinchi) tidak menghapuskan nama Bangsar South, sebaliknya Kg Kerinchi dimartabatkan dalam skala yang lebih luas meliputi kawasan terlibat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Bangsar South adalahkompleks bangunan yang menjadi sebahagian daripada Kg Kerinchi seperti beberapa kompleks bangunan lain sekitarnya.

Menurutnya, antaranya ialah KL Gateway Mall, Kg Kerinchi; Vista Angkasa, Kg Kerinchi; Bangsar South, Kg Kerinchi; Masjid Ar-Rahah, Kg Kerinchi; Pantai Hillpark, Kg Kerinchi dan Taman Bukit Angkasa, Kg Kerinchi.

"Isunya timbul sebab papan tanda SMK Seri Pantai yg lama ditulis 'SMK Seri Pantai, Kg Kerinchi, 59200 KL'. Manakala papan tanda yang baru di bangunan yang sedang dibina, ditulis 'SMK Seri Pantai, Bangsar South, 59200 KL'. Ini yg menyebabkan orang Kg Kerinchi hairan dan marah.

"Tapi bila dirujuk pemaju Bangsar South, pemaju sendiri dalam kad nama mereka meletakkan alamat mereka sebagai 'Kerinchi, 59200 KL'. Disebabkan salah faham ini, maka saya membuat janji pada PRU14 lalu untuk memartabatkan semula nama 'Kg Kerinchi'," katanya kepada Sinar Harian.

Fahmi berkata, Bangsar South iaitu nama diberi kepada kompleks bangunan yang dibina syarikat pemaju UOA Development tidak dibuang kerana ia terletak dalam kawasan yang bernama Kg Kerinchi.

"Tidak wujud kawasan bernama Bangsar South, yang wujud hanyalah kompleks bangunan yang bernama Bangsar South.

"Ramai yang tidak faham tetapi tidak mendapatkan penjelasan. Ada beza antara bangunan dan kawasan yang lebih luas,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Majlis Pemasyhuran Kg Kerinchi berlangsung pada Sabtu lalu di Kg Kerinchi disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut merasmikan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.