Plat SYG 8055 tarik 25 pembida

Shaharuddin (tengah) menunjukkan plat siri SYG yang dibida orang awam.
Shaharuddin (tengah) menunjukkan plat siri SYG yang dibida orang awam.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Plat kenderaan SYG 8055 telah berjaya menarik 25 pembida di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, nombor tersebut dijual pada RM19,000.

"Nombor SYG 1 berjaya dibida pada RM115,000, SYG 9 dijual pada harga RM70,000 manakala SYG 4111 juga mendapat perhatian pembida dan dibida pada harga RM5,200.

"Dalam siri plat nombor SYG, SYG 8055 mendapat bidaan paling ramai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, siri nombor pendaftaran SYG berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.4 juta selepas bidaan dibuka selama lima hari termasuk bidaan siri SYG bagi kawasan Sabah yang dibuka menerusi sistem JPJPebid pada 10 Jun dan tamat pada 15 Jun.

"Ssiri nombor pendaftaran ini juga mendahului siri ALL yang dibuka tahun lalu dengan perbezaan kutipan RM100,254.

"Terima kasih kepada orang awam kerana ia secara tidak langsung berjaya memberi kutipan hasil kepada JPJ," katanya.

Katanya, sebanyak 3,174 siri SYG dibida manakala 6,826 lagi masih belum dibida dan orang awam yang berminat boleh mendapatkan baki nombor pendaftaran tersebut di Pejabat JPJ negeri atau Cawangan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Shaharuddin memberi amaran setiap nombor pendaftaran perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Kita dapati nombor pendaftaran diubah suai menjadi 'fancy' semakin meningkat," katanya.

"Setakat Januari sehingga Mei tahun ini, JPJ mengeluarkan saman terhadap 12,694 pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan ini," katanya.

Menurutnya, pemilik kenderaan akan dipanggil untuk diberi penjelasan selain dikenakan saman RM300 dan diarah menukar nombor pendaftaran mengikut spesifikasi.