Solat hajat, doa selamat di masjid, surau Pahang

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menetapkan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan solat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib bermula semalam sehingga 21 Jun ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengarahnya, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, semua masjid yang diberi kebenaran mengadakan solat Jumaat juga diminta mengadakan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat pada 19 Jun ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, penetapan itu berikutan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH SWT menganugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Palestin dilindungi tanah air mereka serta dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel," katanya melalui satu kenyataan semalam.

Syed Ahmad Fuad berkata, seluruh umat Islam khususnya di Pahang juga digalakkan berdoa supaya wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara dapat diselesaikan.

Artikel Berkaitan: