Penanam kenaf terima bantuan Covid-19

Mohd Khairuddin (dua,kanan)menyampaikan replika cek bantuan prihatin kepada wakil penanam kenaf negeri Kedah di LKTN Kedah di sini hari ini.
Mohd Khairuddin (dua,kanan)menyampaikan replika cek bantuan prihatin kepada wakil penanam kenaf negeri Kedah di LKTN Kedah di sini hari ini.
A
A
A

JITRA - Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memperuntukkan hampir RM1 juta bantuan Prihatin bagi membantu 1,357 penanam kenaf di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jumlah berkenaan melibatkan penanam yang mengusahakan tanaman seluas 1,937.36 hektar.

Bagaimanapun katanya, hari ini seramai 54 penanam membabitkan 95.5 hektar tanaman itu di Kedah turut menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM47,950.

Mohd Khairuddin (dua,kiri) mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus LKTN Wilayah Utara, Mohd Fajrol Zakuan Mohd Yusoff di LKTN Kedah di sini hari ini.
Mohd Khairuddin (dua,kiri) mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus LKTN Wilayah Utara, Mohd Fajrol Zakuan Mohd Yusoff di LKTN Kedah di sini hari ini.

"Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu diberikan dalam bentuk input pertanian pada kadar RM500 bagi setiap hektar tanaman," katanya sempena lawatannya ke LKTN Kedah di sini hari ini.

Dr Mohd Khairuddin juga sempat melawat pejabat LKTN Kedah mendengar taklimat mengenai operasi Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf serta melihat demonstrasi pemprosesan biji benih kenaf.

Sementara itu, dalam majlis berasingan pagi tadi seramai 20 pekebun kecil menerima Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berjumlah hampir RM6,000 sebagai yang bertujuan menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan pekebun kecil.

Artikel Berkaitan: