Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Abdul Khalid di Istana Bukit Kayangan, hari ini. Foto: Ihsan Selangor Royal Office.
Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Abdul Khalid di Istana Bukit Kayangan, hari ini. Foto: Ihsan Selangor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bagi menerima menghadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office, pertemuan itu dikatakan berlangsung di Istana Bukit Kayangan selama kira-kira satu jam.

Difahamkan, Abdul Khalid memohon menghadap Sultan Selangor bagi beramah mesra bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan baru-baru ini.

Selain itu, perjumpaan berkenaan juga dikatakan menjadi wadah bagi Sultan Selangor dan Khalid untuk bertukar pandangan serta buah fikiran.

Sebelum ini, Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan mengangkat sumpah secara rasmi pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan berkenaan pada 2014 setelah dipecat oleh kepimpinan PKR.

Selepas itu, Khalid dilihat tidak begitu aktif lagi berpolitik namun beliau banyak membantu jentera Pas dalam beberapa siri kempen pilihan raya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: