KKM belum isytihar kluster gunting rambut

Pekerja kedai gunting rambut (berdiri, kiri) mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, pelindung muka, sarung tangan serta apron pakai buang ketika menggunting rambut pelanggan. -Foto Bernama
Pekerja kedai gunting rambut (berdiri, kiri) mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, pelindung muka, sarung tangan serta apron pakai buang ketika menggunting rambut pelanggan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengesan kluster membabitkan tukang gunting rambut kerana ketika ini hanya satu kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan sektor tu dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kemunculan kluster tersebut akan diumumkan sekiranya ramai yang didapati positif wabak tersebut.

"Kita telah tetapkan untuk warga asing yang gunting rambut pastikan mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

"Bagi kontak rapat tukang gunting rambut warga asing yang disahkan positif itu, kita telah jalankan saringan dan pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan juga diminta untuk tampil buat saringan," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KKM bercadang untuk menarik balik kebenaran operasi sektor tukang gunting rambut susulan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan didapati positif wabak tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata, tukang rambut tersebut didapati telah menjalankan perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang belum membenarkan sektor itu beroperasi.

"Kita sebenarnya telah keluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor gunting rambut tapi isunya sekarang tukang gunting itu tidak patuh kerana berikan perkhidmatan sebelum ia dibenarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: