Tiada peningkatan kes positif Covid-19 libatkan petugas KKM

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data direkodkan, seramai 416 petugas KKM didapati positif wabak itu setakat ini.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 80 peratus mendapat jangkitan dari luar hospital dan 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sejawat.

"Sementara data untuk petugas barisan hadapan dari agensi lain seperti polis, ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan sebagainya kita tak ada," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung jumlah data keseluruhan petugas barisan hadapan yang positif Covid-19.

Noor Hisham berkata, buat masa ini, KKM hanya mempunyai data yang terdiri daripada petugas yang dikesan positif sahaja.

"Kita boleh kumpulkan data keseluruhan melibatkan semua petugas barisan hadapan lain yang positif jika diperlukan," katanya.

Artikel Berkaitan: