'Pak Wan orang lama, tiada Facebook, Instagram'

Paparan Facebook Fatin tular, di laman sosial.
Paparan Facebook Fatin tular, di laman sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang wanita mempromosikan perniagaan nasi ayam penyet Pak Wan di laman sosial berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.

Pemilik Twitter, Fatin Halim berkata, kedai Pak Wan yang terletak di Taman Suria terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan dan tidak mampu membayar sewa kedai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, keinginan untuk merasai keenakan nasi ayam penyet Pak Wan setelah dia habis tempoh berpantang.

"Lepas pantang memang mengidam nak sangat nasi ayam penyet Pak Wan tapi bila pergi ke kedai tutup sebab PKP.

"Nasib sempat simpan nombor telefon Pak Wan. Hari ini jumpa sempat borak dengan dia. Rupanya, sudah empat bulan tak berniaga kerana tak mampu bayar sewa kedai.

"Pak Wan ini jenis orang lama, tiada Facebook dan Instagram. Dia ambil tempahan pun bila ada orang telefon atau WhatsApp. Jadi, siapa yang kenal dia memang tahu nasi ayam penyet dia serius sedap, kuantiti banyak tak kedekut, caj pun tak ambil," katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan itu, Fatin menguar-uarkan perniagaan Pak Wan di Twitter.

"Alhamdulillah tak sangka ramai yang kenal Pak Wan rupanya. Ini sebab kenapa kita kena tolong orang macam Pak Wan.

Artikel Berkaitan:

"Terharu sangat baca ciapan pelanggan Pak Wan. Ramai penggemar dan penyokong Pak Wan rupanya. Dahlah makanan sedap, orangnya peramah pula, harga berpatutan. Siapa nak Pak Wan buka kedai tahun depan jom kita sokong beliau," katanya.

Ramai pelanggan setia Pak Wan berkongsi keenakan nasi ayam penyetnya antaranya @bellfqs.

@bellfqs juga memuji harga nasi ayam penyet dan nasi lemak ayam berempah Pak Wan murah dan antara menu wajib dibeli setiap hari.

Kata @nurhfizi, "Setiap minggu sebelum PKP tak pernah terlepas beli nasi lemak ayam berempah dia sumpah padu. Siapa pelajar politeknik Johor Bahru, tipulah kalau tak kenal Pak Wan ni."