Pantau 28 hari sifar kes sebelum isytihar kluster bebas Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemantauan selama 28 hari sifar kes sebelum mengisytiharkan sesuatu kluster bebas koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh tersebut merupakan dua kali putaran inkubasi virus berkenaan.

"Untuk tamatkan kluster, kita memerlukan 28 hari pemantauan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, sekiranya tiada kes baharu dalam tempoh tersebut, barulah KKM mengisytiharkannya bebas Covid-19.

"Kalau kita guna pakai pemantauan dan pengawasan dalam tempoh 28 hari bermaksud sekiranya tiada kes dalam 28 hari, KKM isytihar bebas Covid-19," katanya.

Sebelum ini beberapa kluster telah tamat selepas melepasi tempoh 28 hari tanpa kes baharu.

Terbaharu, kluster Madrasah Solok Duku di Melaka yang mempunyai empat kes positif Covid-19 juga ditamatkan hari ini.

Artikel Berkaitan: