'Terima kasih rakan wartawan'

Dr Noor Hisham semasa pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama.
Dr Noor Hisham semasa pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan ucapan terima kasih kepada wartawan dan warga media yang telah memainkan peranan sangat besar sebagai barisan hadapan dalam menyampaikan situasi sebenar wabak koronavirus (Covid-19) kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seperti yang disebut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, sejak awal wabak itu dikenal pasti lagi, dunia berdepan dengan cabaran memerangi virus dan viral yang perlu ditangani serentak.

"Dalam pada petugas kesihatan dan lain-lain anggota barisan hadapan bertungkus lumus membendung penularan virus Covid-19, pihak pengamal media dan wartawan juga memainkan peranan utama sebagai barisan hadapan dalam memberikan maklumat sahih serta memerangi berita palsu.

"Ini termasuklah tugasan yang dijalankan oleh wartawan, jurugambar, juru kamera di lapangan dan pelbagai petugas di studio misalnya penyunting, juru berita, petugas media sosial dan sebagainya.

"Pelbagai platform media massa, media sosial dan media baharu telah digunakan bagi memastikan orang ramai sentiasa dimaklumkan dengan maklumat dan berita yang tepat, cepat dan sahin mengenai wabak Covid-19," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Namun begitu katanya, dalam dunia serba moden ini, penggunaan media baharu dan media sosial semakin meluas.

Katanya, kewartawanan konvensional kini bukanlah satu-satunya kaedah penyebaran maklumat.

"Kini, semua pengguna media baharu dan media sosial juga adalah ibarat 'wartawan'; melapor dan menyebar luas maklumat mengenai pelbagai perkara, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Inilah konsep citizen journalism, katanya.

Artikel Berkaitan: