‘Terima kasih kerajaan semarakkan pemakaian batik’ - Leela

Semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain digalakkan. (Gambar kecil: Leela)
Semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain digalakkan. (Gambar kecil: Leela)
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Batik Malaysia berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pemakaian busana batik pada hari bekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Budi Penyayang Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Batik Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali berkata, di sebalik pengumuman ini, diharapkan industri batik akan terus maju.

“Marilah kita semua berbangga memakai batik Malaysia,” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan, semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain, digalakkan.

Peraturan itu berkuat kuasa pada 21 Ogos 2023 seperti dinyatakan dalam surat edaran "Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Artikel Berkaitan: