X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Thailand dikhuatiri lemas di Sungai Golok

Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Rantau Panjang sedang melakukan operasi mencari seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran Pos Kawalan Tentera Tok Oh, Lubok Stol.
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran Pos Kawalan Tentera Tok Oh, Lubok Stol di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, dalam kejadian sekitar jam 11 malam itu, mangsa, Faiz Deraman, 28, dikatakan bertindak sedemikian ketika cuba meloloskan diri sejurus menyedari kehadiran anggota tentera yang bertugas di kawasan berkenaan.

"Kita terima laporan berhubung kes ini pada jam 11.30 pagi tadi selepas sepupu mangsa yang merupakan warga tempatan telah datang ke balai polis untuk membuat laporan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, sejurus selepas itu operasi mencari dan menyelamat mangsa terus digerakkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang.

Katanya, setakat ini gerakan mencari dan menyelamat masih berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standart (SOP).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!