Buaya nak makan penyu hiasan

Paparan Twitter The Sun menunjukkan seekor buaya kelaparan cuba makan 'penyu' hiasan.
Paparan Twitter The Sun menunjukkan seekor buaya kelaparan cuba makan 'penyu' hiasan.
A
A
A

VENICE - Penghuni di sebuah kediaman di Venice, Florida terkejut apabila mendapati seekor buaya sedang cuba mendapatkan gambar seekor penyu dalam bingkai yang tergantung di beranda dipercayai reptilia itu mungkin menyangka ia boleh dijadikan makanan.

Dalam rakaman kamera tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh Crawford B Lewis, menunjukkan buaya itu memanjat kerusi dan cuba beberapa kali untuk mendapatkan 'penyu' hiasan tersebut yang tergantung di dinding, lapor The Sun.

Bagaimanapun, reptilia itu gagal dan turun semula dari kerusi sebelum melanggar pasu bunga.

Lewis berkata, 'sesuatu' berada di hadapan pintu rumahnya dan terkejut melihat reptilia bersaiz besar itu sedang memanjat kerusinya.

"Saya bersyukur tidak bangun pada jam 5.30 pagi dan tidak terus membuka pintu depan rumah," katanya.

Dalam pada itu, sehingga kini, video tular berkenaan telah ditonton oleh 36,100 pelayar Twitter.

Artikel Berkaitan: