Disamun depan rumah

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kejadian samun di hadapan sebuah rumah.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kejadian samun di hadapan sebuah rumah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja swasta berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan sebuah rumah di Taman Setapak di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi, wanita berusia 25 tahun itu sedang parkir kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah rumah sebelum dua lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna hitam menghampiri dan salah seorangnya turun memecahkan cermin penumpang hadapan.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan beg mangsa yang turut mengandungi wang tunai RM30.

“Mangsa tidak dapat mengecam muka suspek kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan kita sedang mengesan suspek melalui rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rajab Ahad berkata, selain wang tunai, mangsa turut kehilangan kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik, wang tunai RM30 dan alat solek.

Dalam masa sama, beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Emilia Jamil di talian 016-2479017 dan penyiasat kanan, Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: