KKM buat saringan pelarian Rohingya mendarat di Langkawi

Seramai 269 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi untuk sementara waktu.
Seramai 269 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi untuk sementara waktu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap 269 pelarian etnik Rohingya yang mendarat di pantai di Langkawi semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama dalam mesyuarat Menteri Kanan untuk tindakan selanjutnya.

"Kalau kita lihat semalam memang betul ada pendaratan pelarian etnik Rohingya tetapi apa yang pasti 269 orang itu kita telah laksanakan saringan kesihatan dan mereka juga akan disaring untuk Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: 269 etnik Rohingya ceroboh perairan Langkawi

Sekumpulan pelarian Rohingya mendarat di Langkawi

"Tapi setakat ini kita akan bincang bersama mesyuarat Menteri Kanan dan tindakan seterusnya akan diambil bersama pelbagai agensi bukan hanya KKM," katanya.

Seramai 269 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi untuk sementara waktu.
Seramai 269 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi untuk sementara waktu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kumpulan pelarian tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Terdahulu media melaporkan sebuah bot hanyut yang membawa 202 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya ditahan di 1.2 batu nautika barat daya Pantai Peranginan Resort Ritz-Carlton, Langkawi kerana cuba memasuki negara ini secara haram.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, PATI tersebut telah ditahan oleh pasukannya kira-kira jam 8.45 pagi.