Usaha pujuk pelarian Rohingya

Delegasi Myanmar tiba di Teknaf untuk menjayakan projek perintis penghantaran pulang 1,200 pelarian Rohingya ke Rakhine. - Foto: AFP
Delegasi Myanmar tiba di Teknaf untuk menjayakan projek perintis penghantaran pulang 1,200 pelarian Rohingya ke Rakhine. - Foto: AFP
A
A
A

TEKNAF - Delegasi mewakili pemerintah junta Myanmar tiba di Bangladesh pada Khamis sebagai sebahagian daripada rancangan perintis untuk menghantar pulang kira-kira 1,200 pelarian Rohingya ke Rakhine.

Kira-kira 14 pegawai berpakaian orang awam menaiki bot ke bandar sempadan Teknaf untuk ‘memujuk’ pelarian Rohingya yang enggan dihantar pulang kerana ragu-ragu dengan program tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shams ud Douza berkata, kumpulan tersebut akan bercakap dengan mereka yang berada dalam senarai bakal dipindahkan.

“Lawatan itu adalah sebagai langkah untuk membina keyakinan berikutan golongan tersebut bimbang dengan nasib mereka apabila kembali ke Rakhine,” ujarnya.

Pada awal bulan lalu, seramai 20 wakil pelarian Rohingya melawat dua kem penempatan semula golongan tersebut di tapak perkampungan yang pernah didiami etnik minoriti berkenaan.

“Kami tiada wakil tetap untuk proses penghantaran pulang ini. Ia mungkin hanya satu muslihat. Tiada gunanya kembali menjadi pelarian di dalam negara (IDP),” katanya.

Sementara itu, salah seorang pelarian Rohingya yang tersenarai di bawah projek perintis itu berkata, dia tidak mahu kembali jika tidak mendapat hak kerakyatan dan tinggal di kem IDP.

“Apa yang akan kami lakukan jika tinggal di kem IDP. Kami bukan ‘tetamu’. Myanmar sepatutnya mengembalikan hak kami,” menurut Semon Ara, 53. - AFP