Migran: Rakyat tidak perlu panik penularan Covid-19

Laporan Sinar Harian hari ini. Gambar kecil: Dr Azmi Mohd Nor
Laporan Sinar Harian hari ini. Gambar kecil: Dr Azmi Mohd Nor
A
A
A

SHAH ALAM - Ketika Malaysia melihat usaha memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19) kian berjaya, terdapat sindiket penyeludupan keluar masuk migran beroperasi hingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Profesor Dr Azmi Mohd Nor berkata, masyarakat awam tidak perlu panik kerana penguatkuasaan terhadap sindiket itu diuruskan dengan baik.

Menurutnya, kegiatan tersebut terbongkar apabila kerajaan terdiri daripada pelbagai agensi menggandakan operasi bagi menghapuskan kegiatan jenayah rentas sempadan.

"Banyak pihak terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Imigresen dan agensi-agensi lain menghalang sempadan negara dari diceroboh dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

"Tindakan ini seperti 'membunuh dua burung dengan satu batu' dan kita percaya pihak kerajaan dapat menangani perkara itu dengan baik dalam isu migrain mahu pun ancaman wabak Covid-19," katanya.

Beliau mengulas sindiket didalangi seorang lelaki di Batam, Indonesia tumpas di Johor selepas didakwa beroperasi sejak tahun 2014 dan sudah membawa masuk dan keluar kira-kira 43,200 migran.

Dengan tertangkapnya ahli-ahli sindiket tersebut polis Johor berjaya menumpaskan 95 peratus aktiviti penyeludupan migran di pantai timur dan fokus selepas ini adalah di kawasan pantai barat Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 130V Bab 6B (Jenayah Terancang) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kaut RM60.48 juta hasil seludup Pati

Dr Azmi turut mengakui pelbagai reaksi akan wujud selepas melihat jumlah migran yang dilaporkan berjaya lolos memasuki sempadan negara, namun beliau percaya pihak berkuasa mampu menanganinya.

"Perkara paling penting ialah rakyat Malaysia perlu berdisiplin. Kita sendiri jangan ambil mudah misalnya berkumpul dalam jumlah ramai, kita perlu jaga diri bagi menamatkan penularan wabak Covid-19.

"Patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam memastikan diri kita sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan penjarakan sosial serta menyerahkan isu migran kepada pihak berkuasa," katanya.