Bomba selamatkan anak kucing jatuh longkang

Anak kucing yang diselamatkan diserahkan semula kepada pemiliknya dalam kejadian pagi tadi. -Foto: JBPM Kedah
Anak kucing yang diselamatkan diserahkan semula kepada pemiliknya dalam kejadian pagi tadi. -Foto: JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang ditutupi konkrit di halaman rumah diselamatkan anggota bomba pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas sehingga berjaya menyelamatkan kucing tersebut yang terjatuh ke dalam longkang itu.

Menurutnya, unit kawalan Alor Setar menerima panggilan kecemasan itu daripada pemiliknya di Taman Kelisa Fasa 2 dan tiba pada jam 11.16 pagi.

“Beberapa anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi dan operasi menyelamat tamat 38 minit kemudian. Kucing itu diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya.

Artikel Berkaitan: