Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 32,033 kes, kematian 1,883

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat melepasi angka 32,000 dengan jumlah kematian sebanyak 1,883 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 847 tambahan kes positif baharu dan 32 lagi kematian berlaku.

"Kes positif kini berjumlah 32,033 manakala sebanyak 14,010 pesakit masih dalam pemantauan v-19," katanya pada sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Menurut Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam juga, seramai 406 pesakit sembuh, menjadikan mereka yang sembuh sehingga kini berjumlah 10,904 orang. - Bernama

Sementara itu SINGAPURA pula melaporkan 386 kes baharu koronavirus (Covid-19) pada tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti masih pekerja asing yang tinggal di asrama, menjadikan jumlahnya kini 38,296 kes.

Bagi kes baharu itu, hanya dua kes membabitkan kes komuniti melibatkan seorang warga Singapura dan seorang lagi pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan republik itu dalam kenyataan.

Dalam data penuh dikeluarkan pada lewat Ahad, Singapura mengklasifikasikan 1,743 sebagai kes komuniti, 580 kes import dan 35,587 membabitkan pekerja asing di asrama.

Secara keseluruhannya, 24,886 kes jangkitan Covid-19 atau kira-kira 66 peratus daripada jumlah semalam iaitu 37,910, telah dibenarkan discaj dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Setakat Ahad, terdapat 295 kes disahkan yang masih dirawat di hospital dengan tiga pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 12,704 kes mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 25 orang di republik ini meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Hanya satu kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, melibatkan asrama di 6, Tuas South Street 2.

Berikutan tiada lagi kes berkaitan Northpoint City di 930, Yishun Avenue 2 dan asrama di 133, Tuas View Square untuk tempoh dua inkubasi lepas selama 28 hari, dua kluster itu kini ditutup. - Bernama