Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak

Ismail Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

“Negeri-negeri lain kecuali Sarawak sudah tidak ada akta kawalan penyakit berjangkit maka rujukan untuk negeri-negeri berkenaan adalah satu akta sahaja iaitu Akta 342.

“Negeri tidak boleh buat peraturan lain kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan Persekutuan adalah ultra virus, terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan,” katanya selepas Mesyuarat Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra di sini hari ini.