Extra Joss perkenal semula perisa Oren, perkukuh pasaran Malaysia

Dari kiri : Pengurus Jualan National Mr Leong, DKSH Mr Lee Koon Gui, Pengurus Negara Kalbe Malaysia Mr Oktavianus, Setiausaha Agung PRESMA Tuan Habeebur Rahman, Setiausaha MSAT Lt. Kol. Fathi Abu Bakar dan Pengurus Jenama Extra Joss Mr Jerry Yew
Dari kiri : Pengurus Jualan National Mr Leong, DKSH Mr Lee Koon Gui, Pengurus Negara Kalbe Malaysia Mr Oktavianus, Setiausaha Agung PRESMA Tuan Habeebur Rahman, Setiausaha MSAT Lt. Kol. Fathi Abu Bakar dan Pengurus Jenama Extra Joss Mr Jerry Yew
A
A
A

KUALA LUMPUR –  Extra Joss melancarkan semula produk berperisa Oren di Malaysia sebagai usaha mengukuhkan pertumbuhan jualan serta memperluas kehadiran jenama dalam pasaran minuman tenaga mampu milik.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk memperkukuh portfolio produk selari dengan citarasa pengguna tempatan.

Menurutnya, walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan utama pengguna, pengenalan semula perisa Oren menawarkan alternatif lebih ringan dan menyegarkan untuk dinikmati pada bila-bila masa.

No Image Caption

Beliau berkata, ketika ini Extra Joss juga menawarkan beberapa varian termasuk Active, Anggur dan Mangga yang disasarkan kepada pengguna harian, individu bergaya hidup aktif serta atlet.

Dalam masa yang sama, Extra Joss Malaysia menasihatkan pengguna agar berwaspada terhadap lambakan produk Import Selari di pasaran yang tidak melalui proses percukaian Malaysia serta tidak mematuhi keperluan pelabelan tempatan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Oktavianus, hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia mematuhi piawaian keselamatan tempatan dan menjamin perlindungan pengguna.

Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asal yang mengandungi Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly bagi memberikan tenaga segera dengan rasa oren yang menyegarkan.

Produk itu kini boleh didapati di kedai runcit, pasar raya, platform e-dagang serta boleh dinikmati sebagai minuman sejuk di kedai makan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Memasuki tahun 2026, Kalbe Malaysia merancang pelbagai aktiviti pemasaran berskala besar termasuk menerusi televisyen, radio, media sosial, promosi acara serta penglibatan dalam program belia dan sukan universiti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!