Presiden Pas sampaikan ceramah

Orang ramai memenuhi pekarangan madrasah malam ini.
Orang ramai memenuhi pekarangan madrasah malam ini.
A
A
A
BALING - Kira-kira 5,000 orang memenuhi pekarangan Pondok Misbah Al Falah malam ini bagi mendengar ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Orang ramai mula memenuhi padang Pondok Misbah Al Falah seawal jam 9 malam bagi mengikuti ceramah presiden Pas itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum ucapan Mudir Madrasah Misbah Al Falah, Ustaz Md Mukhtar Omar Zuhdi.

Terdahulu, Abdul Hadi mengadakan perjumpaan tertutup bersama guru-guru pondok di pondok berkenaan sebelum meluangkan masa melawat tapak pembinaan kompleks Pas Baling di Kupang.
Artikel Berkaitan: