Lelaki hilang di Teluk Cowie, perahu hanyut di perairan Ice Box

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki dilaporkan hilang di Teluk Cowie di sini susulan penemuan perahu yang dinaikinya di perairan Ice Box semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Boy, 39, dipercayai menaiki perahu itu bersendirian dari tanah besar menuju Sungai Melayu, Pulau Sebatik sebelum perahunya ditemukan hanyut oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan tersebut pada jam 5.50 petang.

Laporan kehilangan lelaki itu dibuat oleh adiknya Ismail Sabran yang hanya mengetahui tentang kejadian selepas dihubungi pihak berkuasa susulan penemuan perahu berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pasukan PPM yang menjalankan rondaan Op Benteng menemui sebuah bot tanpa juragan di kawasan Teluk Cowie.

"Pemeriksaan tidak menemukan barang-barang salah di dalam bot, hanya sebuah beg galas berwarna hitam berisi dokumen diri dan wang berjumlah RM13," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: