Seorang maut, tiga cedera nahas tiga kenderaan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Christina Ginsu, 44, yang menaiki kereta Perodua Axia dikatakan cedera parah selepas tersepit di tempat duduk hadapan, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kemalangan berkenaan membabitkan kenderaan Perodua Axia, Nissan Navara dan sebuah lori tiga tan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 2.33 petang sebelum mengerahkan sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita didapati tersepit di tempat duduk hadapan dan operasi mengeluarkanny segera dijalankan. Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyatan itu, tiga mangsa yang cedera dalam kemalangan itu turut dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.-Bernama

Artikel Berkaitan: