Sekolah di Sabah ditutup jika IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut

Kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup sementara waktu. Gambar hiasan
Kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup sementara waktu. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup sementara waktu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.

"Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Setakat ini, semua sekolah di Tawau telah diarahkan ditutup mulai Rabu berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di daerah itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!