Aksi Barca tanpa penonton pastinya pelik

Griezmann - Foto Dailymail
Griezmann - Foto Dailymail
A
A
A

PENYERANG Barcelona, Antoine Griezmann mengakui pastinya agak janggal untuk beraksi dalam saingan La Liga tanpa kehadiran penonton.

Griezmann berkata, beraksi dalam suasana sedemikian pastinya sesuatu yang pelik namun ia perlu dilakukan berikutan pandemik Covid-19, ketika ini.

Justeru menurut bintang Perancis itu, dia sedang berusaha mempersiapkan dirinya untuk kembali beraksi dalam suasana sedemikian.

"Perlawanan pertama Barca (selepas La Liga disambung) adalah di Mallorca, tetapi ianya pasti pelik kerana dilangsungkan tanpa kehadiran penonton."Ia juga pengalaman pertama saya untuk beraksi dalam suasana seperti ini (tanpa kehadiran penonton)," katanya.

Untuk rekod, Barcelona akan bertandang ke Mallorca 13 Jun ini setelah saingan La Liga bersambung kembali sejak ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, Mac lalu.

Berbaki 11 perlawanan, Barca kini menerajui takhta La Liga dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid.

Sementara itu, Griezmann yang telah menjaringkan 14 gol dalam 37 perlawanan musim ini mengakui tidak pernah berhenti beraksi untuk satu tempoh yang agak lama (berikutan pandemik Covid-19) sebelum ini.

"Saya tidak pernah 'berhenti' bermain untuk tempoh yang lama. Ya, dan selama itu saya meluangkan masa dengan keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: