37 pelajar, dua guru cedera diserang pengawal keselamatan

Seramai 37 pelajar cedera ringan sementara dua guru mengalami kecederaan teruk selepas diserang lelaki bersenjatakan sebilah pisau di Sekolah Rendah Pusat Wangfu, China hari ini. Foto: Agensi
Seramai 37 pelajar cedera ringan sementara dua guru mengalami kecederaan teruk selepas diserang lelaki bersenjatakan sebilah pisau di Sekolah Rendah Pusat Wangfu, China hari ini. Foto: Agensi
A
A
A

BEIJING - Seramai 37 pelajar dan dua guru cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau di Sekolah Rendah Pusat Wangfu di selatan China hari ini.

Menurut pihak berkuasa, penyerang berusia 50 tahun tersebut dikenal pasti bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) ketika murid-murid baharu tiba di sekolah.

"Seramai 37 pelajar mengalami cedera ringan sementara dua guru mengalami kecederaan teruk.

"Semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan tiada kematian dilaporkan.

"Suspek kini berada di dalam tahanan dan motif kejadian masih disiasat," katanya.

Beberapa buah sekolah di China baru dibuka pada bulan Mei selepas ditutup selama berbulan-bulan berikutan wabak koronavirus (Covid-19). - Agensi

Artikel Berkaitan: