Lebih 80 peratus kes positif di pasar tidak bergejala

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Lebih 80 peratus kes positif yang dikesan hasil saringan wabak koronavirus (Covid-19) di 429 pasar di seluruh negara mendapati individu dijangkiti wabak itu tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 274 yang disahkan positif, 236 kes tidak bergejala.

"Secara keseluruhan sebanyak 33,419 sampel telah diambil melibatkan 429 pasar di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 274 kes didapati positif dengan 38 kes atau 13.9 peratus adalah bergejala dan 236 kes atau 86.1 peratus tidak bergejala," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta peniaga dan pengunjung di beberapa pasar awam di seluruh negara khususnya yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sesak nafas disaran tampil melakukan saringan Covid-19.

Ia susulan, satu kluster Pasar Borong Kuala Lumpur yang membabitkan segelintir individu sama dalam kalangan peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling dikesan.

Sementara itu, kerjasama pelbagai agensi diperlukan KKM bagi memerangi peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melihat pendekatan holistik bagi mengatasi perkara itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, KKM juga berdepan dengan kesukaran memerangi wabak berkenaan di depot tahanan imigresen berikutan kesesakan di kawasan itu.

"Kami harap dapat melihat pendekatan yang diambil bagi mengatasinya," katanya.

Beliau berkata, menerusi pendekatan pengesanan aktif, pihaknya telah membuat pengasingan kepada tahanan yang positif.

"Yang negatif kita masih kuarantinkan mereka di pusat tahanan," katanya.