Ibu sembilan anak tebalkan muka minta bantuan

Aminah (dua dari kiri) terpaksa tebalkan muka minta bantuan.
Aminah (dua dari kiri) terpaksa tebalkan muka minta bantuan.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Sepasang suami isteri yang memiliki sembilan anak terpaksa menebalkan muka meminta bantuan bagi mengurangkan bebanan dialami mereka yang ada kalanya terpaksa mengalas perut dengan biskut.

Aminah Abdullah, 36, dan suaminya, Ahmad Hassan, 46, yang tinggal di Kampung Bahagia Jiboi, Ampangan di sini turut mengakui keadaan mereka sekeluarga menjadi semakin sukar apatah lagi Ahmad yang bekerja kampung terjejas pendapatannya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aminah yang turut mempunyai masalah penyakit kulit kronik berkata, sepanjang PKP, mereka sekeluarga menerima bantuan barangan keperluan sebanyak lima kali daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), namun disebabkan anak yang ramai iaitu berusia setahun hingga 15 tahun, stok barangan makanan diterima cepat kehabisan.

"Saya malu bila terpaksa selalu minta bantuan tapi saya tiada pilihan bila mengenang anak-anak yang tak cukup makan," kata Aminah yang turut memberitahu suaminya kerap diserang gout," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

PBDB menyampaikan barangan keperluan dan lampin pakai buang kepada Aminah.
PBDB menyampaikan barangan keperluan dan lampin pakai buang kepada Aminah.

Bukan itu sahaja katanya, kesukaran kian bertambah apabila beliau sebelum ini akan ke Baitulmal untuk mengambil barangan keperluan, namun ia dihentikan sejak pelaksanaan PKP.

Sementara itu, pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda PBDB, Zaharruddin Abd Majid berkata, menerusi Misi Bantuan Kecemasan Covid-19 di bawah Malaysian Relief Agency, pihaknya turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan, lampin pakai buang dan duit raya kepada wanita itu.

Pihaknya turut berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga berkenaan.

Artikel Berkaitan: