X

Kindly register in order to view this article
!

Kerana petai, dipenjara 15 bulan

Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh terpaksa meringkuk selama 15 bulan dalam penjara selepas mengaku bersalah mencuri petai di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Rahmat Rahman, 41, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri petai di kebun milik Mohamad Chek, 66, di Kampung Linggi, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Perbuatan itu dilakukan pada 4 Mac 2019 kira-kira jam 1.30 petang

Tertuduh yang juga seorang penagih dadah ditahan anggota polis di tepi jalan di Kampung Bukit Wan di Batu Rakit.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula tarikh pertuduhan iaitu pada 12 Mac 2019.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus