Bersatu Johor junjung titah Sultan Johor

Mazlan menyampaikan Anugerah Ikon Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Mutiara Rini, Mohd Fadzil Abdul Hamid di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.
Mazlan menyampaikan Anugerah Ikon Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Mutiara Rini, Mohd Fadzil Abdul Hamid di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menzahirkan taat setia dan menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) memberi fokus kepada isu rakyat berbanding politik.

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang berkata. titah Sultan Johor perlu dipandang serius oleh kesemua 56 ADUN di negeri ini kerana baginda amat menitikberatkan masalah rakyat.

"Kami menjunjung kasih taat setia kepada titah baginda.

"Sebagai wakil rakyat, kita perlu bekerjasama membantu masyarakat terutama dalam keadaan negara berdepan penularan koronavirus (Covid- 19)," katanya selepas menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Sultan Johor sedia bubar DUN Johor

ADUN Puteri Wangsa itu juga berharap sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor tidak dibubarkan.

"Seboleh-bolehnya kita sebagai wakil rakyat tidak mahu DUN dibubarkan dalam keadaan Covid- 19 dan ekonomi yang sedang dipulihkan.

Semalam, Sultan Johor menzahirkan kekecewaan baginda dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini kerana ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

Artikel Berkaitan:

Baginda dilaporkan tidak teragak-agak membubarkan DUN jika berlaku perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.