Buka sekolah agama YIK ikut kerajaan Pusat

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri memutuskan pembukaan semula sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan mengikut keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan Kementerian Pelajaran akan membuka sekolah tersebut berdasarkan kepada kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan.

“Kita pun akan ikut sama nanti. SOP semuanya sama, kita akan ikut sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di JKR10, di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Garis panduan buka semula sekolah diedar esok

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan: