Lelaki Rohingya lari pusat kuarantin

Lelaki Rohingya yang melarikan diri dari pusat kuarantin. - Foto PDRM
Lelaki Rohingya yang melarikan diri dari pusat kuarantin. - Foto PDRM
A
A
A

IPOH - Polis sedang menjejaki seorang lelaki warga asing yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan menerima laporan berhubung kehilangan lelaki dikenali sebagai Rohim Mohd Zokoria berketurunan Rohingya yang disedari hilang oleh petugas pusat berkenaan sekitar jam 11 pagi.

Menurutnya, lelaki tersebut berbadan tegap dengan anggaran berat 65 kilogram, berambut hitam pendek lurus dan tinggi antara 165 hingga 168 sentimeter

“Lelaki berkenaan dihantar menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat berkenaan pada jam 5 petang, Sabtu lalu selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Muallim.

“Suspek yang menyatakan dari Sentul, Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Slim River selepas mempunyai simptom (koronavirus) Covid-19 iaitu sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil saringan awal mendapati suspek negatif daripada wabak tersebut.

“Di pusat tersebut, suspek masih belum menjalani saringan awal. Tiada butiran lanjut diperoleh apabila suspek datang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 (Akta 342).

Artikel Berkaitan: