X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki diberkas curi motosikal

polis
A
A

GOMBAK – Seramai tiga lelaki diberkas secara berasingan kerana disyaki terlibat kes kecurian motosikal di sekitar Gombak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Selayang mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bidara berhampiran balai polis berkenaan pada jam 6.30 petang, kelmarin.

“Semakan mendapati motosikal ditunggang lelaki berkenaan telah dilaporkan hilang pada awal pagi hari sama. Hasil soal siasat, polis menahan dua lagi lelaki di Bandar Baru Selayang, kedua-dua lelaki itu dipercayai adalah pembeli motosikal yang dicuri untuk dileraikan dan komponennya dijual semula.

“Kita percaya dengan tertangkapnya suspek ini, sebanyak enam kes kecurian motosikal dalam daerah ini berjaya diselesaikan manakala dua daripada kes tersebut berjaya diselesaikan kurang daripada 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, pihaknya merampas dua motosikal jenis Honda, sebuah motosikal jenis Modenas, enjin dan beberapa komponen motosikal.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 27 hingga 39 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau.

“Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula semalam hingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf