X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Belarus buat hal

A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki warga Belarus hari ini dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang, Selangor menuju ke Port Dickson sebelum ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dalam satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam insiden pada 2.08 petang, lelaki berusia 29 tahun itu didapati cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan alasan munasabah.

"Pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya telah mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berkenaan dan dia (warga Belarus). Bagaimanapun, secara tiba-tiba memarahi petugas itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina selain bertindak agresif.

"Berikutan itu, lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk tindakan lanjut," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!