Jiran kejutkan tidur beritahu tanah runtuh

Mohd Afiq Muhammad Nazle
Mohd Afiq Muhammad Nazle
A
A
A

AMPANG - "Saya dengar orang tekan loceng pada jam 2.30 pagi. Saya ingat kakak datang tetapi rupa-rupanya jiran saya yang datang maklumkan tanah di belakang rumah runtuh, " kata salah seorang penduduk di Jalan Kelab Ukay 4, Mohd Afiq Muhammad Nazle, 21, ketika menceritakan mengenai insiden tanah runtuh di lokasi tersebut, awal pagi tadi.

Mohd Afik berkata, dia melihat pasukan polis serta bomba sudah berada di lokasi dan meminta penduduk mengosongkan rumah.

Menurutnya, musim hujan kebelakangan ini termasuk petang semalam dipercayai menjadi punca berlakunya runtuhan tersebut.

"Saya sedar kejadian itu agak lewat kerana sudah tidur. Kemudian saya kejutkan lima ahli keluarga yang lain dan ikut arahan pasukan keselamatan untuk mengosongkan rumah.

"Saya tak pasti tahap kerosakan rumah tapi saya nampak ada dinding retak di bahagian dapur," katanya ketika di temui di lokasi hari ini.

Antara rumah terjejas akibat runtuhan tebing di Jalan Kelab Ukay 4 hari ini.
Antara rumah terjejas akibat runtuhan tebing di Jalan Kelab Ukay 4 hari ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: RM2 juta baiki tebing runtuh

Kerajaan Selangor pantau lokasi tanah runtuh

Seorang lagi penduduk, Norasiah Mohd Nor, 40 berkata, dia terdengar seperti bunyi pokok tumbang dan seakan-akan mozek lantai yang pecah sebelum mengejutkan suami untuk memeriksa.

"Kebetulan malam tadi saya belum tidur dan sedang melayari internet sebelum terdengar bunyi sesuatu yang kuat di belakang rumah.

"Disebabkan keadaan gelap, saya tak pasti tahap runtuhan itu namun pergerakan itu berlarutan hampir 30 minit, " katanya yang memaklumkan kejadian tersebut adalah pertama kali sejak dia menetap di sana 15 tahun lalu.

Norasiah Mohd Nor
Norasiah Mohd Nor

Sementara itu penduduk kejiranan di Ukay Perdana, Datuk Tommie Kasdi, 68 meminta supaya langkah proaktif dan pencegahan dilakukan bagi mengelak insiden berulang.

"Saya harap perkara ini (tanah runtuh) dipantau dan jangan hanya turun selepas kejadian. Kawasan di sini kerap berlaku runtuhan.

"Saya yang tinggal di Oakleaf Park juga pernah hadapi situasi sama. Jangan sampai hilang nyawa baru nak bertindak," katanya.

Tommie Kasdi
Tommie Kasdi

Dalam kejadian 2.21 pagi tadi, sebanyak tujuh rumah melibatkan 40 penduduk diminta mengosongkan unit dan dipindahkan sementara ke Hotel De Palma Ampang selama seminggu.

Selepas tempoh itu, mereka diminta menyewa unit dijangka enam bulan bagi memberi laluan kerja baik pulih runtuhan dilakukan.

Runtuhan di belakang rumah penduduk.
Runtuhan di belakang rumah penduduk.