'Sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua'

PELAKON serba boleh, Noorkhiriah Ahmad menyediakan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya bagi menghantar dan mengebumikan jenazah sebagai kerja amal tanpa mengenakan bayaran.
Norkhiriah berkongsi hasratnya itu di Instagram dan disambut baik oleh pengikutnya.
"Alhamdulilah lepaskan kerana ALLAH. Akak sayang, maka akak jadikan kereta belakang ini van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukankan dan perkhidmatan percuma," tulisnya.
Dalam pada itu, beliau juga memohon doa supaya usahanya berjaya dan terus istiqamah.
"Melangkah dengan yakin dengan apa yang akan dibuat ini. Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut #vanjenazah...
"Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua. Takat cerita dekat tv (televisyen) itu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqamah dalam perjuangan diri sendiri, Amin," tulisnya.
Sementara itu, peminatnya bersyukur di atas perubahan pelakon drama Nur itu dan mendoakan niat murninya dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
"Syukur Alhamdulillah," tulis @alia_u7.
Kata @diiaz, "Kebaikan yang ikhlas dibalas jua dengan kebaikan."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Phuket Attack: Memori persahabatan
24 Januari 2026 01:06pmJual 3,000 keping petai dalam masa lima hari
23 Jun 2021 07:45amSedia rak makanan depan pejabat bantu orang susah
16 Jun 2021 05:58pmAkuarium istimewa untuk si comel ikan laga
16 Jun 2021 08:25amAli Khamenei terkorban - Trump
01 Mac 2026 06:41amJojo terkandas di Makkah, penerbangan dibatalkan
01 Mac 2026 05:59pm- Iklan -- Iklan -
