LRA Sungai Selisik masih belum beroperasi

Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik masih belum beroperasi disebabkan pencemaran diesel yang masih dikesan pada sumber air mentah.

Justeru, lapan kawasan terjejas di Hulu Selangor masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih tidak dapat memberi jangkaan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas kerana LRA Sungai Selisik tidak dapat menghasilkan bekalan air bersih untuk disalurkan kepada pelanggan, kata Ketua Komunikasi Korporat Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Lapan kawasan terjejas ialah Kampung Sungai Nilam atau Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang Sungai Selisek, Rumah Murah Pkt 2, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli Serigala, Kampung Bahom, Kampung Sekolah dan kuarters klinik serta Kampung Gesir Tengah.

Elina berkata, usaha menyedut saki-baki diesel oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berikutan kemalangan membabitkan lori tangki bahan api itu di KM 389.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Behrang dihentikan semalam berikutan hujan lebat.

“Kerja-kerja berkenaan akan disambung semula pagi ini bagi memastikan tiada lagi pengaliran diesel ke dalam sungai,” katanya.

Beliau berkata, bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih giat disalurkan ke kawasan yang belum pulih sepenuhnya dan pihak Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberi kerjasama baik semasa penghantaran bekalan air itu.

Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: