X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi perempuan berbalut kain putih ditemui depan rumah

Bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu ditemui depan sebuah rumah di Kampung Dato' Onn, Jalan Sentosa, Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan ditemui berbalut dengan kain putih di hadapan sebuah rumah di Kampung Dato' Onn, Jalan Sentosa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu ditemui seorang lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan.

"Lelaki berkenaan hendak keluar untuk bekerja sebelum ternampak satu bungkusan kain putih dan menemui seorang bayi perempuan yang masih bernyawa sebelum menghubungi pihak polis.

"Bayi perempuan ini berusia anggaran kurang tempoh 24 jam dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek yang meninggalkan bayi perempuan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Adila Zainuddin menerusi talian 019-4039257 atau 07-2182222.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!