Didenda RM 1,500 lari sekatan polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penghantar makanan melarikan diri daripada sekatan polis mengundang padah apabila didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hazijul Hamzah Sanim, 23, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Mahkamah turut memerintahkan pemuda itu dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, ketika pemeriksaan melalui Ops Covid-19, tertuduh menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkannya berhenti namun dia bertindak melarikan diri.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Laman Rimbunan Raya Kepong pada jam 1 pagi tadi.

sebelum berjaya ditahan di Jalan Pintasan Segambut, Jinjang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam menjalankan tugas yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan mencadangkan tertuduh menerima hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tidak melakukan kesalahan sama di masa depan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Hajizul yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) berkata, anak guamnya mengaku menyesal dan memohon dikenakan hukuman ringan.