Taman Tasik Titiwangsa ditutup selepas diserbu orang ramai

Penutupan Taman Tasik Titiwangsa bermula hari ini bagi mengelak penularan Covid-19 .
Penutupan Taman Tasik Titiwangsa bermula hari ini bagi mengelak penularan Covid-19 .
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taman Tasik Titiwangsa ditutup sepenuhnya kepada orang ramai bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebook rasminya memaklumkan, penutupan itu sebagai langkah pencegahan penularan koronavirus (Covid-19) susulan jumlah pengunjung yang semakin ramai di kawasan itu.

"Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar kawasan taman atau sekeliling taman," memetik kenyataan itu.

Sementara itu, notis pemakluman penutupan kawasan riadah itu disokong orang awam termasuk komentar, Khairul Idzwan yang memaklumkan kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai 'berpesta' semasa Hari Raya pertama.

Notis penutupan dipasang DBKL.
Notis penutupan dipasang DBKL.

"Elok pun tutup.. Petang raya dah macam pesta. Konvoi kereta datang beramai-ramai, siap bawa budak kecil dan bergambar bagai.

"Siap berkelah pun ada. Yang naik motor pula dah macam buat di kampung dengan tak pakai helmet dan sampah bersepah," komen yang ditinggalkannya di Facebook DBKL hari ini.

Terdahulu, Taman awam di bawah DBKL termasuk Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Metropolitan Kepong ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sebelum dibuka semula pada 4 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kelonggaran sukan

yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakkan sosial dan mematuhi garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).